Sunday 4 December 2011

Pengenalan Bahasa Melayu




"Menuntut ILMU adalah TAQWA, menyampaikan ILMU adalah IBADAH, mengulang-ulang ILMU adalah ZIKIR & mencari ILMU adalah JIHAD" -Imam Al-Ghazali-




PENGENALAN:

Bahasa melayu merupakan satu mata pelajaran asas yang menegaskan penguasaan lisan, bacaan dan tulisan. Semua ini menekan aspek Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif. 


RASIONAL :

Berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat
dan membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian serta
sebagai sokongan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Melayu.


MATLAMAT :

Melahirkan individu dengan berketrampilan berbahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat dan membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian serta sebagai sokongan untuk memantapkan penguasaan bahasa murid.


OBJEKTIF :

  • Memberi kesedaran kepada guru dan murid bahawa Bahasa Melayu bukan hanya mata pelajaran yang melibatkan lisan, bacaan, tulisan tetapi menuju kea rah membentuk pemikiran kreatif seperti yang digambarkan dalam KBKK.
  • Mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan cuba mengatasi kelemahan diri untuk meningkatkan kemahiran.
  • Dapat meningkatkan pencapaian murid dan sekolah serta mengekalkannya di tahap cemerlang di dalam peperiksaan PKSR dan UPSR.
  • Memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat tentang kepentingan Bahasa Melayu dalam persekolahan dan kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment